Apple sememangnya mengalakkan pengguna iPhone untuk mendapatkan khidmat baik pulih peranti menerusi pihak mereka sendiri ataupun kedai yang telah diiktiraf oleh pihak Apple. Sebahagian komponen dalaman iPhone telah dihadkan daripada diakses oleh pihak ketiga.

Terbaharu, siri iPhone 13 telah membawa perubahan pada sistem komponen dalaman yang mampu mengesan skrin yang diganti oleh pihak ketiga sekaligus bakal menyebabkan kegagalan ciri Face ID berfungsi. Oleh sebab yang demikian, perkara ini bakal menyukarkan pengguna untuk mendapatkan khidmat pihak ketiga selepas ini.

Difahamkan hanya pihak Apple dan mereka yang diiktiraf sahaja yang boleh mengaktifkan skrin paparan untuk berfungsi dengan betul mengikut prosedur pengantian yang telah ditetapkan. Akan tetapi, langkah ini diambil disebabkan kerisauan penggunaan komponen yang tidak asli serta kebarangkalian untuk digodam oleh pihak ketiga pula.

Pratik ini bukan hanya dibuat pada komponen dalaman sahaja bahkan aksesori iPhone pihak ketiga juga memerlukan pengiktirafan MFI sebelum ianya boleh dipasarkan kepada pengguna.

Sementara itu, iPhone keluaran akan datang dijangka akan hadir tanpa port pengecas berikutan polisi terbaru Eropah.

iPhone Mungkin Hadir Tanpa Port Pengecas Selepas Ini Disebabkan Polisi Baharu Eropah

Apple Sedang Bangunkan Fungsi Kesan Kesihatan Mental Menerusi iPhone